Entries

Minggu Orentasi (MPPB) Kolej Matrikulasi Labuan

Hey lovely person who managed to find this blog! 😉

Sekarang saya sedang chillin dalam bilik asrama sambil menitiskan air mata yang tidak kelihatan sebab tak dapat balik minggu ni ke kampung kesayanganku, Kampung Sunsuron Tambunan. T.T huhu

Mula2 masuk ke kawasan kolej tu rasa, biasa ja.. tak juga rasa sangat excited sampai melompat-lompat.
Sebenarnya sangat sedih untuk saya bagi tau tapi saya datang secara solo semasa mendaftar. Terpaksa berdikari. Tapi ada juga perasaan sedih+cemburu nampak pelajar2 lain bawa family masing2. Rasa awkward juga datang seorang diri.

Lepas daftar, dapat baju T-Shirt panjang KML oren dan merah, beg KML dan selendang ( necktie untuk lelaki ) , buku peraturan dan buku nota KML, dapat kunci bilik then jalan pergi bilik. Nasib baik uncle Nicholas tolong angkat beg giant saya pergi bilik tingkat 2, kalau tak, mati lah saya.. >__<

Assembly pertama kami semua dalam dewan bersama Pengarah Matrikulasi Malaysia dan Pengarah Kolej bersama2 dengan para lecturer pada 25/5.. semasa nyanyian lagu Negaraku.. rasa sedikit amazed sebab semua nyanyi dengan penuh semangat sampai dewan nak runtuh. Masa sekolah menengah dulu lagu ni dinyanyikan dengan sambil lewa saja jadi masa dengar mereka nyanyi sampai bulu roma ni pun berdiri, rasa awesome juga lah pelajar2 Matrik ni.
Masa assembly tu juga saya dengar lagu Wilayah Persekutuan yang bertajuk Maju Sejahtera for the very first time.

Tetapi batch kami 2015/2016 ni lucky sikit lah dikatakan.. sebab kami tidak berapa tersiksa sebagaimana yang dialami batch2 lepas. Itulah yang para faci cakap. Despite the hotness in the hall, kami tetap have fun sebab faci2 ni sangat pandai membawa kami melakukan yell dan tepukan.

Sesi mentor mentee pula, kami dibahagikan kepada 120 kumpulan dan saya berada di kumpulan 113. Dalam satu kumpulan tu ada lebih kurang 17-20 orang. Kami akan berjumpa dengan mentor yang merupakan lecturer dari kolej dan berbincang mengikut tajuk dalam sesi tu.. Yang seronoknya masa aktiviti ini, saya dapat mix dengan pelajar2 dari blok asrama lain dan kawan2 lah dengan dorang. Banyak ragam dan gaya yang saya dapati dari setiap member kumpulan kami tu.. mentor kami bernama Ustazah Aliza dan merupakan seorang yang sangat manis dan sporting. Hihi

image

Sesi riadah pula diadakan di depan astaka. Sungguh luas kompleks kolej ni. Cantik lagi tu astaka. Warna warni. Aktiviti yang tidak akan dilupakan di sana adalah aktiviti zumba/ aerobik. Semua orang sporting ikut choreographer buat. Even the boys were excited. Never did I saw boys so excited doing aerobic. It was fun.

Hmm apa lagi mau cakap…?
Well, literally sepanjang minggu orentasi ni, saya tak dapat tidur yang cukup. Maybe 3 hours a day only. Jadi adalah terjadi kejadian tertidur dalam dewan tu masa ada speeches.
Haha.
Ok thats all.. more entries later.
#KMLians #KML

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s